BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 9 Mei 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Besar Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), Encik Mohd Zaini Khalid serta delegasi pagi ini.

Sebagai info, PERNAMA ditubuhkan pada 7 Julai 1983 dan merupakan perbadanan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). PERNAMA menjalankan aktiviti perniagaan peruncitan, pengedaran, pemborongan, import-eksport, sewa-beli barangan dan penyediaan khidmat pengurusan khusus untuk anggota, veteran ATM serta keluarga mereka.