BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 9 Mei 2019 – Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu hari ini menyatakan Kerajaan dianggarkan mengalami kerugian atau ketirisan melebihi RM500 juta sepanjang tempoh pelaksanaan enam belas (16) projek land swap Kementerian Pertahanan di pelbagai peringkat pelaksanaan.

Beliau menambah, kesemua 16 projek land swap tersebut melibatkan sebanyak 2,923 ekar tanah milik Kementerian Pertahanan di antaranya telah dan akan dipindah milik.

YB Menteri Pertahanan bercakap demikian ketika membentangkan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan Dan Kewangan Kerajan (JKSTUPKK) Berhubung pelaksanaan projek land swap Kementerian Pertahanan di Dewan Negara pagi ini.

Berdasarkan rekod, Kementerian Pertahanan menjadi agensi pertama disiasat oleh JKSTUPKK sejak Jawatankuasa ini ditubuhkan atas inisiatif Kerajaan pada 30 Mei 2018.

Dalam butiran berasingan, Laporan tersebut turut menyatakan enam (6) kelemahan dan dua belas (12) syor pelaksanaan land swap.