BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 3 Mei 2019 – Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu menyeru kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM agar memupuk semangat yang berteraskan Rahmatan Lil Alamin dalam melunaskan amanah yang terpikul di bahu masing-masing khususnya perjuangan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Nadwah Ilmiah 2019 (NAIM) peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pagi ini.

NAIM merupakan program tahunan anjuran Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Tahun ini, penganjurannya bertemakan Rahmatan Lil Alamin yang mana kupasan mengenainya dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir ke program pagi ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Bin Haji Zainal Abidin dan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim.