BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 30 April 2019 - KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli berangkat ke tapak cadangan projek pembangunan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi pagi tadi.

Keberangkatan Baginda diiringi Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Ybhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali.

Semasa lawatan ini, Baginda telah diberi taklimat berhubung perancangan dan butiran mengenai Program SASaR ini sebelum dibawa melihat replika rumah yang bakal didirikan kelak.

Untuk rekod, program SASaR diperkenalkan pada tahun 2018 bertujuan membantu warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan.