BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuching, 29 April 2019 - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Ybhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali hari ini mengadakan lawatan kerja ulung ke Kuching, Sarawak sejak dilantik sebagai KSU berkuatkuasa 18 April lalu.

Lawatan beliau ini antara lain bertujuan meninjau tapak projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Semenggo dan tapak projek pembinaan Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera baharu di Kem Penrissen.

Tinjauan ini penting bagi membolehkan beliau melihat sendiri secara lebih dekat antara infrastruktur yang telah dan sedang dibina di tapak projek berkenaan seterusnya memastikan perlaksanaan kedua-dua projek tersebut berjalan mengikut perancangan.

Sebelum itu, pada sebelah lagi beliau turut menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan Jasamu Dikenang 2019 di Hotel Imperial.

Seramai 53 penerima APC, 15 penerima Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) serta 3 penerima sijil khas telah menerima anugerah, pingat dan sijil masing-masing pada sesi ini. Kesemua mereka merupakan warga Kementerian Pertahanan Cawangan Sarawak yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

Turut mengiringi lawatan KSU hari ini ialah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain.