BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Bangkok, 11 Jul – Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ke-13 (ADMM) yang berakhir dengan penandatanganan sebuah Deklarasi Bersama mengenai kemampanan keselamatan dan penerimaan inisiatif-inisiatif untuk memperkukuhkan kerjasama keselamatan dan pertahanan di rantau ini.

Kehadiran YB Menteri pada mesyuarat ADMM ke-13 itu adalah satu manifestasi akan komitmen berterusan Malaysia terhadap ADMM dan ASEAN, yang kekal sebagai platform pelbagai hala penting yang menyumbang kepada diplomasi pertahanan Malaysia dengan rakan-rakan serantau. Deklarasi Bersama Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN mengenai Kemampanan Keselamatan itu menekankan kepentingan untuk bekerja bersama-sama dalam menjaga keselamatan dan kestabilan di rantau ini dan meneroka bidang-bidang kerjasama baharu yang saling memberi manfaat. Mesyuarat turut menerima pakai enam kertas konsep, sebagai keterangan bagi menunjukkan hasrat ASEAN untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menangani cabaran-cabaran keselamatan utama serantau.

Mesyuarat itu turut berperanan sebagai sebuah platform bagi menteri-menteri pertahanan ASEAN untuk mempertimbangkan dan menerima pakai dokumen-dokumen utama mengenai inisiatif-inisiatif ADMM dan membuat persiapan untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) pada November 2019.