BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur – 23 April 2019, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong menyarankan agar semua pihak berwajib memikirkan idea-idea baharu demi memperkasakan lagi dasar industri pertahanan negara.

Tambah beliau lagi, industri pertahanan dan sektor keselamatan mesti dianggap sebagai salah satu pemangkin utama ekonomi. Justeru, pemain industri pertahanan tempatan perlu bijak andai mahu terus berkembang maju dan tidak hanya terlalu bergantung kepada Kerajaan sebagai pelanggan.

Beliau turut berkata, pada masa yang sama, Kerajaan juga perlu meneliti dan menambahbaik insentif sedia ada agar pemain industri pertahanan tempatan berupaya melakukan tugas mereka yang sepatutnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan dalam program Perwira Dialog Siri 2 2019 di Kem Sungai Besi.