BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan yang baharu menggantikan YBhg. Dato’ Seri Halimi bin Abd Manaf yang telah bersara pada 12 April 2019.

Hari pertama beliau sebagai KSU dimulakan dengan mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Dataran Wisma Pertahanan.

KKU ini terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai oleh Mejar Mohd Izham Bin Ahmad Rashidi diberikan kepada YBhg.

Seterusnya, beliau membuat Kunjungan Hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu dan Timbalannya, YB Senator Liew Chin Tong serta Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Zainal Abidin.

Turut hadir pagi ini ialah Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera dan awam Kementerian Pertahanan.