BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 17 April 2019 – Ketua Setiausaha Negara, Ybhg Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar hari ini mengumumkan pelantikan YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Bin Ali sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu.

Sesungguhnya, seluruh warga Kementerian Pertahanan amat mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki atas pelantikan ini.

YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki akan memulakan tugasan secara rasmi sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 18 April 2019 yang mana beliau terlebih dahulu akan mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama di Wisma Pertahanan.