BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 11 April 2019 - Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof sebentar tadi. Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong turut hadir semasa kunjungan ini.

Selesai kunjungan hormat, satu sesi perbincangan berkaitan agenda Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara turut diadakan di Bilik Bunga Raya yang mana ia turut dihadiri Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah Bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Bin Mohd Sany.