BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 11 April 2019 - Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu menyatakan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada dasarnya adalah dana persaraan yang bertanggungjawab untuk menguruskan dana wang carumannya dengan cara yang paling cekap dan berkesan untuk memberikan pulangan yang maksimum kepada pencarumnya.

Menurutnya lagi, pada masa ini, LTAT sedang melaksanakan penstrukturan semula pelan perniagaannya untuk mengoptimakan pulangan daripada aktiviti pelaburannya.

Beliau berkata demikian ketika Pemberitahuan Pertanyaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.