BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Bantuan Harapan Negara - RM500 untuk veteran ATM menjelang Aidilfitri.

Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah mengumumkan kerajaan akan memberikan pembayaran insentif RM500 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN 2019) memperuntukkan sejumlah Rm 79,684 juta dimana bantuan sebanyak RM500 diberikan secara one-off yang memanfaatkan seramai 159,368 veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen dalam kategori isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Beliau berkata, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan permohonan bantuan tersebut itu yang akan dibuka bermula 14 April 2019 dan pembayaran akan dilakukan pada 27 Mei 2019.

Menurut YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu ,pemberian ini merupakan penghargaan berterusan daripada kerajaan Pakatan Harapan kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan kepada negara. "Ia adalah usaha berterusan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM," katanya.