BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

LANGKAWI, 30 Mac 2019 - Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan #LIMA19 menjadi edisi yang paling berjaya dalam sejarah penganjurannya.

Ini termasuklah, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan EN Projects (M) Sdn Bhd sebagai penganjur bersama.

Tidak lupa juga kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Kementerian Pelancongan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Majlis Industri Pertahanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, MIDA, Persatuan Industri Maritim Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia serta semua pempamer.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas media yang bertungkus lumus dalam memberikan liputan terbaik sepanjang berlangsungnya LIMA'19 dari 26 hingga 30 Mac 2019.

Paling penting, terima kasih kepada para tetamu yang hadir beramai-ramai yang mana jumlah pengunjung awam setakat semalam sahaja mencecah 122,000 orang.

Beliau berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding tahun lalu sekaligus membuktikan LIMA’19 akan terus menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara.

Jumpa lagi di LIMA21!