BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 29 Mac 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyempurnakan Fleet Cultural and Food Festival Night Sempena Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition 2019 (LIMA'19) Segmen Maritim bertempat di Grand Ball Room, Resort World Langkawi.

Majlis yang dianjurkan oleh Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut ini melibatkan sebanyak 12 buah Negara antaranya Australia, Bangladesh dan Vietnam.

Selain itu, acara penuh gilang-gemilang ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi persahabatan antara warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan Negara-negara Sahabat seterusnya mengenali aspek kebudayaan mereka melalui makanan dan kebudayaan yang dipersembahkan.

Majlis ini telah dihadiri seramai 200 tetamu jemputan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta melibat 800 The Navy People dari 12 buah Negara.