BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 29 Mac 2019 - Penganjuran bersama buat pertama kalinya antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan, selain penglibatan oleh Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri merupakan jaringan kerjasama yang memberansangkan serta mampu memberikan impak besar khususnya kepada industri pertahanan negara dan dunia.

Dalam sidang media sebentar tadi, ketika ditanya pendirian YAB Perdana Menteri bahawa LIMA 2019 ialah yang terbaik sepanjang penganjurannya, Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu berkata, Kementerian Pertahanan bersama Kementerian Pengangkutan dan angensi terlibat telah cuba sebaik mungkin melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Katanya lagi, harapan pada LIMA21 kelak agar menjadi penganjuran yang lebih berjaya bila mana kajian untuk menambah 10% pengisian komersial menjadikan pengisian sebanyak 50% dari sektor pertahanan and 50% dari sektor komersial selain teknologi aeroangkasa juga bakal diperkenalkan.