BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

LANGKAWI, 28 Mac 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyaksikan Majlis Rasmi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) sempena LIMA '19.

Sejumlah 7 kontrak Perolehan dan Program Kolaborasi Industri di antara Kementerian Pertahanan dan pelbagai syarikat telah ditandatangani manakala 6 MOU telah dimenterai.

Selain itu, dalam majlis ini turut menyaksikan penyerahan 8 Surat Niat (LOI) dan 10 Surat Setuju Terima (LOA) bagi pelbagai kontrak Perolehan Kementerian Pertahanan.

Secara keseluruhannya, jumlah nilai perolehan yang dimeterai dalam majlis ini ialah RM3.67 billion yang mana sebahagian besarnya bertujuan menyelenggara aset-aset pertahanan sedia ada.

Turut bersama dalam majlis ini ialah Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook serta kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM.