BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

LANGKAWI, 28 Mac 2019 - Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu melancarkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2020 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2020 pagi tadi.

DSA 2020 dan NATSEC Asia 2020 yang dianjurkan bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri dijadual berlangsung pada 20 hingga 23 April 2020 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan keselamatan dari 60 negara dan 50,000 pelawat dari 70 negara dijangka menghadiri kedua-dua pameran ini.

Turut bersama dalam majlis pelancaran ini termasuklah, Ybhg Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd serta kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM.