BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

LANGKAWI, 27 Mac 2019 - Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah meluangkan masa ke acara Fleet Review untuk menerima penghormatan daripada setiap kapal di atas KD PERANTAU pagi ini. Ianya merupakan satu acara tradisi bagi Tentera Laut dan hanya di laksanakan pada majlis yang istimewa.

Turut bersama beliau ketika acara ini adalah Menteri Pertahanan YB Mohamad bin Sabu, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta delegasi kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan sambil menerima tabik hormat daripada hampir 40 buah kapal dari dalam dan luar negara.

Sebanyak 17 buah kapal yang terlibat ketika acara ini dan antaranya adalah Tentera Laut Diraja Malaysia, lima kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), MV Polaris dari Jabatan Marin, RV Discovery dari Universiti Malaysia Terengganu dan 16 kapal dari 12 buah negara.