BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Malaysia sentiasa mengamalkan konsep diplomasi dan berkecuali dalam isu membabitkan negara luar bagi mengelak negara terjerumus ke kancah peperangan. Menteri pertahanan, YB Mohamad bin Sabu berkata Malaysia juga akan terus dalam mencari penyelesaian kepada isu keselamatan di peringkat rantau Asia Tenggara hingga ke peringkat antarabangsa.

"Malaysia tetap dengan pendirian untuk berkecuali dan berbaik dengan semua negara serta tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain," katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini berhubung ungkapan "We Can’t Fight Them" yang diucapkan oleh beliau ketika Sidang Kemuncak Keselamatan Asia Ke-18 di Singapura baru-baru ini.

Menurutnya, beliau juga yakin dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa bersedia mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara pada setiap masa.