BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

LANGKAWI, 26 Mac 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan Chief of Navy Roundtable Talks (CNRT'19) bersempena dengan penganjuran LIMA'19.

Persidangan ini merupakan sebuah forum eksklusif yang disertai Panglima-Panglima Tentera Laut di peringkat serantau bagi sesi perkongsian maklumat berkaitan isu maritim dan keupayaan tentera laut. Tema CNRT kali ini adalah “Commandeering Today’s Navy to Safeguard Tomorrow’s National Interest: Aligning Navies Strategy With National Development Goal”.

Seramai 100 peserta telah menyertai persidangan ini yang terdiri daripada 6 orang Panglima Tentera Laut, 21 orang wakil Panglima Tentera Laut asing dan selebihnya adalah delegasi daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim dalam dan luar negara beserta ketua-ketua agensi maritim kebangsaan.

Sesi pembentangan disampaikan oleh tiga ahli panel iaitu masing-masing: Panglima Armada US Pasifik - Laksamana (Admiral) John C. Aquilino, Panglima Tentera Laut Sri Lanka - Laksamana Madya (Vice Admiral) Piyal de Silva dan Ketua Pegawai Operasi Reflex Marine - Ms Sandra Antonovic.