BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Langkawi, 25 Mac 2019 - Rakan-rakan media diraikan dalam satu majlis 'Hi-Tea' bersama Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu petang ini.

Selain beramah mesra, majlis ini turut diselitkan dengan demonstrasi maritim yang dijayakan bersama oleh TLDM, PDRM, APMM dan pelbagai agensi keselamatan maritim negara.

Hadir bersama dalam majlis ini, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Bin Haji Zainal Abidin, Panglima-panglima Perkhidmatan dan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan.