BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Langkawi, 25 Mac 2019 - Satu sesi taklimat media telah dilangsungkan pagi tadi melibatkan semua wakil media dari dalam dan luar negara yang hadir membuat liputan LIMA #15thEdition.

Sesi ini diadakan antara lain bertujuan menyalurkan maklumat terkini berhubung tentatif harian bagi memastikan segala urusan pihak media berjalan lancar sekaligus #LIMA19 yang akan bermula esok mendapat liputan yang terbaik.

Selepas taklimat, para petugas media juga diberi keistimewaan untuk melawat ruang pameran dan kawasan sekitar Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) sebelum ia dibuka secara rasmi esok.

Selamat bertugas semua!