BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuantan, 18 Mac 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Halimi bin Abd Manaf menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan & Pekerti Terbilang Tahun 2019 Peringkat Negeri Pahang bertempat di Sri, Manja Boutique Hotel.

Seramai 37 daripada 51 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan selebihnya menerima Pingat Perkhidmatan & Pekerti Terbilang.

Hadir bersama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan(U), Dr. Karminder Singh Dhillon, Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud, Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis dan Panglima 4 Briged, Brigedier Jeneral Ir Rizal Ariff bin Tan Sri Ismail.