BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Sungai Besi, 16 Mac 2019 - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Penganugerahan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM 2019 di Dataran Panglima Tentera Darat.

Baginda juga telah berkenan menyempurnakan upacara pengurniaan hadiah kpd Pegawai Kadet Terbaik ATM tahun 2019. Seramai 504 orang Pegawai Kadet telah ditauliahkan pada hari ini terdiri daripada Pegawai Kadet yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain.

Majlis Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM ke leftenan Muda (Lt M) telah dilaksanakan di Dewan Tun Templer, Akademi Latihan Ketenteraan kepada 504 pegawai Kadet ATM yang terdiri daripada 137 Kadet Tentera Darat Malaysia, 47 Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia dan 70 Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia. ManakaIa Pegawai Graduan terdiri daripada 157 Tentera Darat Malaysia, 54 Tentera Laut Diraja Malaysia dan 39 Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia.

Hadir bersama, Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohammad Bin Sabu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Halimi bin Abd Manaf, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Panglima Haji Zulkefli Bin Haji Zainal Abidin, Panglima-Panglima Perkhidmatan, serta warga Angkatan Tentera Malaysia.