BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Cotabato City, Mindanao, 14 Mac 2019 - Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar telah mengetuai Lawatan Delegasi Pengiring bagi TIM Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-14 yang bermula 13 sehingga 14 Mac 2019.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menyaksikan proses Transfer Of Authority (TOA) TPA M-13 dan TPA M-14 secara lebih dekat. Penglibatan Malaysia mengetuai Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao (TPA M) bermula pada 10 Oktober 2004 lalu berikutan jemputan oleh Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF). Baru-baru ini, Kerajaan Filipina dan MILF telah bersetuju untuk meneruskan mandat penugasan TPA M ke-14 selama setahun sehingga bulan Mac 2020.

Kemuncak kepada lawatan ini adalah Majlis Serah Terima Tugas di antara Mej Jen Dato’ Hj Mohd Nazir bin Hj Mami, Ketua Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-13 (TPA M-13) dengan Mej Jen Dato’ Ya’cob bin Samiran, Ketua Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-14 (TPA M-14) di Ibu Pejabat TPA M, Cotabato City, yang telah disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; dan YBhg. Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki, Panglima Angkatan Bersama.