BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 13 Mac 2019 - Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kesihatan Peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan bertempat di Auditorium,Wisma Pertahanan hari ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Dr Karminder Singh Dhillon serta diiringi oleh YBrs Puan Mastura Binti Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan).

Turut diadakan ceramah mengenai Kesedaran Kesihatan di kalangan penjawat awam yang disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Dato' Chevy Beh, Pengasas BookDoc dan Encik Zawari Bin Ismail daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

YBrs. Dr Karminder Singh Dillon turut meluangkan masa melawat booth-booth pameran di Foyer Wisma Pertahanan.