BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 6 Mac 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Halimi bt Abd Manaf menerima Sijil Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh MAMPU bagi Set Data Terbuka Tahun 2018 yang telah disampaikan oleh TKSU (U), Dr Karminder Singh Dhillon sebentar tadi.

Pelaksanaan data terbuka membolehkan semua pihak mendapat manfaat sosial, ekonomi, persekitaran dan sebagainya dari platform data terbuka Kerajaan melalui Portal Data Terbuka iaitu data.gov.my di mana semua set data boleh diakses, diguna dan dikongsi.