BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 5 Mac 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Halimi bin Abd Manaf menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan & Pekerti Terbilang Tahun 2019 Peringkat 12 Briged bertempat di Kem Wardieburn hari ini.

Hadir bersama, Panglima 12 Briged, Mejar Jeneral Abd Malik bin Jiran, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Puan Mastura bt Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dr. Karminder Singh Dhillon serta warga 12 Briged dan Warga Awam Kementerian Pertahanan.