BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 18 Februari 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menerima kunjungan hormat oleh Panglima Angkatan Tentera Australia, General Angus Campell di Wisma Pertahanan.

YB Menteri turut menyempurnakan pemakaian pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (Kehormat) ke atas General Angus Campell sempena lawatan rasmi beliau hari ini.

Hadir bersama, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, YBhg. Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Pengurusan Tertinggi Mindef dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.