BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 15 Februari 2019 - Soft Launch Photo Booth Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA ’19) disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan YBhg. Laksamana Datuk Mohd Reza Bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut yang mewakili Panglima Angkatan Tentera di foyer Wisma Pertahanan.

Majlis perasmian dimulakan pukulan gong dan berakhir dengan KSU, Dato' Halimi bin Abd Manaf bersama pengurusan tertinggi dan warga Kementerian Pertahanan melayangkan Kapal Terbang Kertas sebagai simbolik acara perasmian photo booth LIMA'19 hari ini.

LIMA ’19 bakal menemui anda semua pada 26 hingga 30 Mac 2019 di Pulau Lagenda Langkawi. Acara berprestij bertaraf antarabangsa ini lebih mencipta sejarah apabila LIMA edisi ke 15 kali ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menjadi pencetus idea penganjuran LIMA bermula tahun 1991 ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Orang ramai dijemput berkunjung ke LIMA'19 kali ini kerana ianya menjanjikan keistimewaan yang tersendiri dengan aksi-aksi pesawat tentera pelbagai negara yang akan membuat pertunjukan udara dan demonstrasi maritim aset tentera laut negara dan pasukan keselamatan. Para pengunjung turut berpeluang melihat pameran statik aset ketenteraan serta peluang mengunjungi booth-booth pameran yang disediakan untuk mengetahui lebih lanjut pengambilan kerjaya tentera bagi anak anak muda.

Buat pertama kali, penganjuran LIMA edisi ke -15 berkolaborasi dengan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang akan mempamerkan kapal terbang komersial. Jangan ketinggalan untuk tempah tiket anda ke LIMA'19 yang akan dibuka kepada pelawat awam pada 29 & 30 Mac 2019.