BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kementerian Pertahanan melalui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima laporan dan mengesahkan seorang anggotanya dari Pasukan Khas Laut (PASKAL), meninggal dunia dipercayai terkena letupan pada 6 Februari 2019 di Setiu, Terengganu.

Melalui laporan yang diterima, ketika kejadian anggota TLDM tersebut sedang bercuti di kampung halaman dan dilaporkan meninggal ketika aktiviti mencari ikan di Sungai Pangkalan Merbau, Setiu.

Sehubungan itu, TLDM telah menyalurkan bantuan awal kepada waris Allahyarham bagi urusan pengurusan jenazah sementara meneliti bantuan yang sewajarnya berdasarkan kelayakan seseorang anggota.

Kementerian Pertahanan dan ATM komited untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan setiap anggota ATM.

Kementerian Pertahanan juga menyerahkan keseluruhan proses siasatan kes tersebut kepada pihak PDRM bagi menentukan punca kematian dan apa-apa perkara lain yang berkait kematian Allahyarham.