BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Brunei, 24 Januari 2019 - Lawatan kerja rasmi Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu di Brunei Darussalam pada hari kedua diteruskan dengan menghadiri majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan.

Beliau mengambil peluang untuk berkongsi dengan ahli perniagaan Malaysia dan pegawai kerajaan yang menetap di Brunei mengenai aspirasi Kementerian Pertahanan untuk menghasilkan Kertas Putih Pertahanan pada tahun 2019. Beliau juga menegaskan komitmennya untuk memastikan bajet pertahanan diuruskan pada tahap yang optimum.