BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 22 Januari 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Dialog Perwira - Kertas Putih Pertahanan yang dianjurkan oleh MIDAS, MIAF & EAIR bertempat di Wisma Perwira ATM.

Menurut beliau, Penerbitan Kertas Putih Pertahanan oleh Kementerian Pertahanan merupakan pertama kali diadakan dalam sejarah negara serta bukan lagi diklasifikasikan sebagai 'sulit' yang boleh ditatap oleh semua rakyat Malaysia, dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen Julai ini. Katanya, pendedahan itu akan memberikan maklumat yang berkaitan orang ramai, menjadikan kementerian lebih bertanggunjawab dalam setiap tindak-tanduknya.

YB Menteri berkata pelaksanaan Kertas putih itu berhasrat untuk memberikan kajian jujur terhadap cabaran keselamatan dan geopolitik yang di hadapi, jurang keupayaan, di samping menggariskan aspirasi dan hala tuju pertahanan dan keselamatan.

Turut hadir, Tun Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, YB Senator Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera, Pegawai kanan ATM dan Mindef.