BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Sabah, 17 Januari 2019 - Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan telah menghadiri program Bicara bersama Veteran ATM Negeri Sabah yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bertempat di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu.

Program ini julung kali diadakan yang melibatkan YB Timbalan Menteri Pertahanan bersama-sama 150 veteran yang terdiri dari Persatuan Veteran ATM (PVATM), Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM), Persatuan Komando, Kelab Sukan Veteran dan Persatuan Pembela Veteran daripada pelbagai daerah di Sabah. Tujuan program ini adalah untuk membicarakan isu kebajikan dan masalah yang dihadapi oleh veteran antaranya seperti jurang pencen, perancangan kerjaya yang kedua selepas tamat perkhidmatan serta mencari mekanisma yang sesuai untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dialami.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad; Panglima AT 450, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah; Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Bin Hj Ayob; Panglima Markas Logistik Timur, Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi Bin Syed Abdullah dan Panglima 5 Bgd, Brigedier Jeneral Muhammad Hafizuddeain Bin Jantan.