BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh (Awam) Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2018 kepada penerima semasa Majlis Perutusan Khas Menteri Pertahanan Tahun 2019 yang telah berlangsung pada 10 Januari 2019 bertempat di Dewan Perkasa,Wisma Perwira, Kuala Lumpur.

Terdapat empat kategori penerima Anugerah Pekerja Contoh (Awam) Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2018. Penerima bagi kategori Kumpulan Pengurusan & Professional (Gred 41- 48) diberikan kepada Encik Wilson @ Vincent Peter Pramo. Kategori Kumpulan Pelaksana (Gred 29 – 40) pula ialah Encik Goh Chee Pin. Penerima kategori Kumpulan Pelaksana (Gred 19 – 28) ialah Encik Wan Norisham bin Pa’wan Chik manakala bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 1 – 18) pula ialah Encik Roslan bin Mat. Semua penerima telah menerima sijil dan cenderahati semasa majlis penyampaian tersebut.

Selain itu, turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Panglima-Panglima Perkhidmatan, pegawai kanan awam serta tentera Kementerian Pertahanan.