BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 9 Januari 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Halimi bin Abd Manaf hadir menyaksikan acara serah terima tugas oleh Leftenan Jeneral Dato' Suhaimi bin Hj Mohd Zuki kepada Laksamana Madya Dato' Ganesh Navaratnam yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS yang baru hari ini.

Turut berlangsung di majlis yang sama adalah serah terima tugas Panglima Angkatan Bersama di antara Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman kepada Leftenan Jeneral Dato' Suhaimi bin Hj Mohd Zuki yang telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Zulkifli bin Zainal Abidin. Hadir bersama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Pegawai-pegawai Kanan Markas Angkatan Bersama serta MiDAS.