BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 25 Jun 2019 – Seramai kira-kira 5,000 warga Kementerian Pertahanan dan tetamu jemputan dari dalam dan luar negara telah hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu di Dewan Seroja, Kem Kementah petang ini.

Pada majlis yang sama, seramai 23 individu terpilih telah menerima sumbangan bantuan pelbagai bentuk daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Kementerian Pertahanan.

Bagi penerima bantuan daripada JHEV ATM, mereka terdiri daripada lapan penerima bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam, enam penerima bantuan peralatan pesakit dan seorang penerima bantuan sara hidup. Manakala, bagi penerima bantuan daripada PUSPANITA pula, ia terdiri daripada lapan ibu tunggal.

Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Isteri Menteri Pertahanan, Puan Hajah Normah Alwi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali serta isteri Datin Seri Norizam binti Che Mohd Nor, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin dan isteri, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian.