BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuantan, 16 Julai 2019 - TLDM telah berjaya mempamerkan kesiapsiagaan aset pada tahap tertinggi apabila berjaya melaksanakan penembakan peluru berpandu EXOCET MM40 Block II dari platform KD KASTURI dan misil SEA SKUA dari Pesawat SUPER LYNX di perairan Laut China Selatan hari ini. 

Penembakan sebenar peluru berpandu yang signifikan dengan panggilan Eksesais TAMING SARI kali terakhir telah dilaksanakan pada tahun 2014. Faktor kejayaan siri penembakan kali ini juga melibatkan sokongan aset TUDM yang terdiri daripada pesawat F/A-18D, Helikopter EC 725 dan B200T serta kapal APMM.

Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyatakan kejayaan ini telah menjadi bukti akan kemampuan aset-aset armada TLDM untuk memenuhi keperluan operasi di Laut China Selatan. Secara tidak langsung, pelaksanaan latihan ini juga akan memberikan impak positif kepada komuniti maritim di Pantai Timur Semenanjung khususnya keyakinan mereka terhadap kemampuan dan komitmen ATM amnya dan TLDM khasnya dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan perairan negara di perairan Laut China Selatan.

Hadir sama menyaksikan penembakan misil EXOCET MM40 Block II dan SEA SKUA sempena Eksesais KERISMAS 26/2019 dan Eksesais TAMING SARI 19/2019, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Pengurusan Tertinggi Mindef serta pegawai-pegawai kanan awam dan TLDM.