BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

PARIS, 21 Jun 2019 - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu dan Menteri Angkatan Tentera Perancis, HE Florence Parly mempengerusikan bersama persidangan tahunan 5th Malaysia-France Defence Joint High Strategic Committee yang diadakan di Kota Paris, Perancis hari ini.

Pada persidangan yang turut dihadiri delegasi dari kedua negara ini, pelbagai perkara berkaitan pertahanan dan keselamatan telah diperhalusi.

Perkara ini termasuklah membincangkan cabaran keselamatan global dan serantau serta pengukuhan kerjasama untuk perkembangan industri dan sains pertahanan.

Malaysia bakal menganjurkan persidangan kali ke-6 di Kuala Lumpur tahun hadapan.