BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Petaling Jaya, 16 Jun 2019 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong hari ini menekankan bahawa hubungan Malaysia-China bukan sahaja penting kepada kedua-dua negara itu tetapi juga kepada rantau Asia Tenggara.

Beliau menyuarakan pandangan berkenaan ketika bercakap dalam Forum Malaysia - China Relations 2019 bertajuk "Cherishing the Past, Working Together for the Future” di Hotel Sheraton di sini hari ini.

Forum yang diadakan bersempena ulangtahun ke-45 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China itu dianjurkan oleh Institut Kong Zi Universiti Malaya (KZIUM) dengan kerjasama Institut Pengajian China, Universiti Malaya dan Universiti Xiamen.