BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 18 Sept 2019 - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, hari ini. 

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Baginda bersama Raja Pemaisuri Agong kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang diketuai Syaikh Ismail.

Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin bersama lebih 2,000 jemaah terdiri daripada penjawat awam, wakil agensi kerajaan dan pelajar sekolah tahfiz.