BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Putrajaya, 20 Sept 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk pelaksanaan program Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional (MKN)

bertempat di Kompleks Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pagi ini

Maktab ini menyediakan kursus berkaitan perkaraperkara strategik dan pertahanan nasional kepada pegawai ATM yang berpangkat Kolonel dan Brigadier Jeneral. Kursus Ketahanan Nasional 2020 melibatkan seramai 20 orang pegawai kanan dari perkhidmatan darat, laut dan udara sebagai 'pioneer' di maktab ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Timbalan Panglima Tentera Darat, YBhg Leftenan Jeneral Dato' Hasagaya bin Abdullah mewakili Panglima Tentera Darat; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksmana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang (TUDM); Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, YBhg Leftenan Jeneral Datuk Kamarulzaman bin Mohd Othman (TUDM) dan pegawai-pegawai kanan ATM.