BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Klang, 25 Sept 2019 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah melawat KRI Bima Suci 945, kapal layar latihan Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia yang berlabuh di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah.

Ini adalah kali pertama KRI Bima Suci berlabuh di Malaysia sempena misi pelayaran diplomasi tiga harinya ke Malaysia. Kapal latihan ini adalah antara kapal latihan terbesar di dunia yang turut menjalankan latihan Kartika Jala Krida untuk kadet Akademi Angkatan Laut Indonesia.

Dalam lawatan tersebut, YB Senator Liew Chin Tong telah ditemani Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan TLDM, Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy Ithnain. Lebih menarik pelayaran ini turut disertai lima pegawai muda TLDM. Kesemua pegawai ini yang berpangkat Leftenan Muda telah menaiki kapal KRI Bima Suci ketika ia berlabuh di Brunei. Penyertaan pegawai muda TLDM ini antara lain bertujuan untuk bersama-sama mempelajari aspek pelayaran serta menekankan aspek navigasi kecintaan persekitaran maritime. Sepanjang tiga hari di negara ini, pegawai kadet KRI Bima Suci akan mengadakan pelbagai aktiviti bersama pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).