BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Sabah, 28 Sept 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah mengadakan lawatan kerja ke OP PASIR diiringi oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki. Kawasan yang dilawati meliputi pos-pos kawalan yang dikawal selia oleh MAB iaitu di Sandakan, Semporna, dan Tawau.

Lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat tahap kesiapsiagaan dan kebajikan anggota ATM yang berada di pos-pos kawalan tersebut. Hadir bersama Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Puan Mastura Bt Ahmad Mustafa dan juga Pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.