BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 15 Jun 2019 – Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat 2019 di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada majlis ini, Tentera Darat selaku penganjur telah menonjolkan konsep Hari Raya di Perbatasan sejajar dengan fokus Tentera Darat pada tahun ini iaitu Latihan dan Penjajaran. Seramai lebih 8,000 ribu jemputan terdiri daripada warga Tentera Darat, veteran, awam, mantan-mantan Panglima serta ahli keluarga mereka hadir memeriahkan majlis tahun ini.

Selain disajikan pelbagai jenis juadah hari raya, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Badan Kesenian Tentera Darat, Band D’Amore, D’ Elektras dan Amplifire 24, Pasukan Drumline Muzik Tentera Darat serta pertunjukkan bunga api. Selain itu, pelbagai pertandingan termasuk menganyam ketupat dan putting bola golf turut diadakan.

Dalam pada itu, pada majlis sama, turut diadakan acara pemakaian pangkat kepada lima orang Pegawai yang dinaikkan pangkat dari Kol ke Brigadier Jeneral, Lt Kol ke Kol dan Mej ke Lt Kol yang mana ia telah disempurnakan sendiri oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.

Selain Menteri Pertahanan, turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta pegawai-pegawai kanan tertinggi ATM.