BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kem Ma’rakah, 17 Oktober 2019 – Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali diringi oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB), Lt Jeneral Dato' Suhaimi b. Mohd Zuki dan TYT Duta Besar Msia Ke Lubnan, Dato Mohd Aznor b. Mahat

menghadiri dan menyaksikan Majlis Perbarisan Serah Menyerah Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-6/850-7 bertempat di Padang Kawat UNP 2-1, Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan, semalam.

Seterusnya, YBhg KSU juga telah menghadiri Majlis Perbarisan Transfer Of Authority (TOA) MALBATT 850-6/850-7 yg dirasmikan oleh Komander UNIFIL, Mejar Jeneral Stefano Del Col di padang kawad yang sama. Terlebih dahulu, beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander UNIFIL, Mejar Jeneral Stefano Del Col di Pejabat Komander MALBATT sempena lawatan kerja beliau ke Kem Ma’rakah, Lubnan.