BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

KUALA LUMPUR, 21 Okt 2019 - Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjaya melebihi sasaran minimum selepas memperolehi sebanyak RM9,196,379.15 sejak ia mula dilancarkan pada Ogos lalu.

Antara penyumbang terbesar ialah ADAP 4orty Global Sdn Bhd yang menyumbang RM1 juta dan tajaan RM400,000, diikuti dengan Yayasan Al-Bukhary, dan Weststar Group yang masing-masing menyumbang wang tunai sebanyak RM1 juta.

Susulan itu, Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu berkata sehingga hari ini, jumlah kutipan yg diperolehi telah berjaya melepasi sasaran awal kutipan iaitu sebanyak RM6 juta dan beliau merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang telah menyumbang dalam kempen ni.

Menurut beliau lagi, pelbagai insiatif telah dijalankan oleh pihaknya di antaranya ialah beberapa promosi yang dilaksanakan melalui pelbagai platform untuk menguar-uarkan kepada segenap pelusuk negara. Ia termasuk kepada mengadakan program seperti semarak kasih veteran: Food for Gelandangan, Kempen Derma Darah dan juga beberapa siri ‘flash mob’ di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah selaku Penaung Tabung Pahlawan, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pengurusan Tertinggi MinDef, Pegawai Kanan Awam & Tentera serta veteran-veteran ATM.