BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Paris, 19 Jun 2019 – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu kini sedang dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Perancis selama tujuh hari bermula 16 hingga 21 Jun 2019.

Selain memperkukuhkan lagi hubungan dua hala khususnya dalam sektor pertahanan antara Malaysia-Perancis, lawatan ini juga diadakan bertujuan memenuhi jemputan ke Pertunjukkan Udara Antarabangsa Paris (International Paris Air Show) kali ke-53.

Pada lawatan ini, Menteri Pertahanan dijadual mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi dan delegasi dari sektor pertahanan Perancis. Pertemuan ini diadakan antara lain bertujuan untuk memperhalusi bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan khususnya berkaitan keselamatan dan pertahanan kedua-dua buah negara.

Selain itu, beliau turut bertemu beberapa rakan sejawat dari seluruh dunia termasuk Menteri Pertahanan Itali, HE Dr. Elisabetta Trenta, semalam.