BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 6 November 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyampaikan ucaptama di Chiefs’ Circle Talk (CCT) 2/2019 bertempat di Wisma Perwira ATM hari ini.

Lebih bermakna lagi , majlis ini juga dihadiri mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Mantan-mantan Ketua Setiausaha (KSU) dan mantan-mantan panglima perkhidmatan. Seramai 35 org tetamu menghadiri CCT 2/19 anjuran MiDAS ini selepas kali pertama ia diadakan pada 15 Mac 2019 yang lalu.

Semasa CCT ini, TKSU (Dasar), En Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan telah memberikan Taklimat Draf Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang bertujuan untuk mendapat maklumbalas bagi melengkapkan draf KPP sebelum dibentangkan di Parlimen yang dijadualkan pada 2 Disember 2019. Majlis telah berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat untuk merealisasikan KPP buat pertama kalinya.

Turut hadir, Timb. Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali; Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin; Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan.