BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 19 Jun 2019 - KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Pada majlis yang dihadiri 3,000 tetamu ini, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan Aidilfitri kepada 50 anggota ATM yang diraikan dalam majlis ini.

Kesemua mereka terdiri daripada pegawai serta anggota ATM yang tercedera semasa penugasan operasi dan latihan, terkena jerangkap samar serta sebahagiannya terlibat dalam kemalangan semasa dalam perkhidmatan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah beberapa Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli Bin Haji Zainal Abidin, sebahagian Menteri Kabinet, Duta-duta Negara Asing, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan Mantan-mantan Panglima Perkhidmatan.